SUP TULANG/ BONESTEAK
D menjawap permintaan resipi dari Kakyong yang inginkan resipi Sup Tulang style Singapore. Sejauh ini D dah cuba Sup Tulang/ Bonesteak resipi Blackmore. Memang sedap, kuahnya pekat ala macam sup tulang jual kat Beach Road.
Actually D tak berapa minat makan daging/ tulang2 ini melainkan sup tulang kat Beach Road. Ada 2 resipi yang boleh dicuba dan salah satu yang tidak kurang hebatnya adalah dari Abang Joe dari Resipi.Net. Orang rumahnya, Kak Saimah yang telah berkongsi resipi tersebut.
D juga berikan resipi Sup Tulang Keluarga D, maaf berkata tapi mungkin resipi dari Blackmore dan Kak Saimah lagi power hehe. Mummy, sorry eh D cakap yang benar. My family punya resipi kena buat banyak improvement bab sup tulang nih.
SUP TULANG/ BONESTEAK
Sumber: Blackmore
Bahan-bahannya
3kg tulang
5 ulas bawang putih
2 batang serai, dititik
½ inci halia
Bahan-bahan diatas ini semua direbus dengan tulang.
Bahan untuk dikisar
60 helai lada kering
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
secukup minyak untuk menumis
½ botol sos tomato
2 – 3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan (penuh) rempah kari daging
3 bjii bawang besar, dipotong dadu
2 biji tomato, dipotong dadu
3 biji kentang, dipotong dadu
6 batang lada hijau, dihiris kasar
1 tin kacang peas
¼ bahagian kobis, dihiris
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Cara-caranya
1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik minyak.
2. Masukkan rempah kari daging dan kacau sehingga rata. Masukkan pula sos tomato, kicap manis dan sedikit air (agak-agak jangan kuahnya terlalu cair).
3. Masukkan bahan-bahan yang telah didadu, kacang peas, kobis dan garam dan gula secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan tulang yang telah direbus tadi dan kacau sehingga rata. Biarkan kuahnya pekat sedikit baru padamkan api. Sedap dihidangkan panas bersama roti perancis.
Nota: Air rebusan tulang ni kalau boleh jangan digunakan.

SUP TULANG MERAH DINOSAUR
Sumber: Saimah
Untuk Anggaran 4kg Tulang Dinosaur.
Bahan-Bahannya :
4kg tulang kambing
3 inci halia dihiris tipis-tipis
Tulang kambing direbus bersama-sama dengan hirisan halia selama 2 hingga 3 jam. Setelah cukup masa merebus, buangkan air dan halianya; tetapi air rebusan jangan dibuang semuanya. Simpan sebanyak 1 mangkuk penuh untuk dibuat stok.
Perhatian : Tapis dan buang minyak-minyaknya dulu.
1 SGD dollar rempah bonesteak ( minta rempah yang kering. lebih elok dibeli dikedai meenachi. Yang kat Mesia tu Kak Saimah timbang rempah tu anggaran 100gm )
1 botol ( 500gm ) Maggi Chili sauce
1 botol ( 500gm ) Maggi Tomato Sauce
1 tin kecil tomato puri
1 tin kacang peas
½ biji kobis atau secukupnya
2 biji telur ayam
Bahan Kisar :
15 tangkai lada kering
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
½ inci halia
Garam dan sedikit serbuk perasa secukupnya
Periuk 15”
Cara Membuatnya :
Tumis bahan kisar hingga garing.
Kemudian masukkan rempah bonesteak. Gaul hingga garing tapi jangan sampai hangus.
Masukkan tomato puri dan gaul rata.
Kemudian masukkan tomato dan cili sos. Gaul rata.
Kemudian tambahkan 2 – 3 cawan air. Gaul hingga mendidih.
Jika masih pekat kuahnya, masukkan 1 mangkuk air rebusan daging ( stok ).
Masukkan tulang. Pastikan kuahnya tidak menutupi tulang ( ¾ penuh sahaja ).
Masukkan garam dan serbuk perasa sambil digaul-gaulkan rata.
Masukkan kobis yang dihiris halus. Gaul lagi selama 1 minit.
Akhir sekali tuang telur yang telah dipukul terlebih dahulu disekeliling masakan dan tutup selama 1 minit. Perhatian : Jangan digaul telurnya.
Selepas 1 minit, buka tudung periuk dan gaul rata.
Semasa menghidang, taburkan kacang peas.

SUP TULANG DAGING/ SUP EKOR LEMBU KELUARGA DIANA
Bahan-bahan
1 kilo tulang kambing/ ekor lembu
3 biji kentang, dibelah empat dan potong kecil
2 mangkuk kobis, dihiris sedang
1/2 botol sos tomato maggi
2 sudu makan tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air
5 sudu makan gula pasir
4 biji telur, dipukul dengan sedikit air
garam dan serbuk perasa secukupnya
Untuk dikisar
25 tangkai lada kering
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara Menyediakan
Rebus tulang kambing/ ekor lembu sehingga empuk. Kemudian masukkan kentang dan masak sehingga empuk. Setelah kentang empuk masukkan kobis.
Panaskan minyak di kuali, kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga wangi. Masukkan sos tomato, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. Bahan ini dipanggil tumis darat. Kemudian masukkan rempah kedalam periuk rebusan tulang dan sayur tadi. Kacau rata. Besarkan api dan tunggu ia mendidih. Bila mendidih tuangkan telur yang telah dipukul dan kacau rata-rata. Jangan tak kacau nanti telur gentel-gentel tak lawa la pulak sup tulang tu. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Rasa kalau ada kurang, tambah garam, gula ikut citarasa.
Rasa sup tulang pedas-pedas masam. Enak dimakan bersama roti perancis.
2 comments:
D. Tq so much for the recipe.. byk version nih.. InsyaAllah kakyong akan cuba masa break bulan september nih. Last kakyong makan sup tulang nih, beli kat pasar ramadhan tmn perling JB. yg spore punya tak penah makan lg.
No worries Kak Yong... tengok la resipi mana yang sesuai ya... yang kat JB punya D tak pernah rasa jadi tak tahu nak komen macam mana :)
Post a Comment